- Seorang yang rendah, atau bahasa separuh kasarnya tak cukup tinggi. Wuwuwuw, takpe-takpe. Nampak comel gitu *muntah*
- Suka sangat makan. Lagi-lagi kalau makanan kat umah yang mama masak. No wonder lah perubahan ketara dapat dilihat jika cuti dan duduk di rumah. +_+
- I ♥ photoghraphy. Tak berapa suka nak mengambil gambar tapi suka diambil gambar. Wah-wah. HAHA.Ambil gambar sendiri tu suka jugaklah. Bajet photogenik macam nie lah. Hehe
- I ♥ Reading. Lebih-lebih lagi buku cerita la. Buku belajar tu. Errr, faham-faham jela. Hehe. Lagi-lagi novel-novel Hlovate ♥♥♥
- I ♥ Musics. Bukan minat yang rock hardcore tu. Tak minat jugak lagu jiwang sangat yang sampai tahap tangkap leleh tu. Tak boleh nak masuk telinga nie dengar. Haha.I love Maher Zain. Ecewahh. *tak habis-habis*
- Tak berapa nak suka colour pink,tapi macam banyak barang pink. Kenapa?Aku pun pelik. Terpengaruh kot dengan auta pink=perempuan.??
- Minat colour purple sebab bagi aku purple tu menenangkan. Tapi, bila baca info-info berkaitan ungu ni melambangkan kemurungan? Hey,apa ada pade colour kan.
- Tak suka perokok. Tak suka berada dalam keadaan di mana harus terbau asap-asap rokok. Nehi-nehi. Mereka nie bukan sahaja nak bunuh diri sendiri tapi nak bunuh orang sekeliling jugak. Urghhh, I don`t like smoking guys. Buat aku semput je. HAHA
- Tak boleh kene habuk sangat. Nanti mata jadi merah gila-gila, gatal gila-gila pastu semput. Wakakaka
- Dulu, tak pernah minat tengok cerita korea. Tapi sekarang, dah terminat nak tengok sebab nak mengisi masa lapang. Erm, not bad la jugak. Hehe, cuma belum sampai tahap addicted lagi tau .
- Tak minat dengar lagu yang tak boleh nak faham makna. Contohnya macam band-band korea. Suju? Big Bang? Err, x minat langsung. Kenapa ramai yang minat ehh. Jambu sangat tu. Hahaha
- Suka usha perempuan cantik. Lagi-lagi yang kalau pakai selendang comel-comel pastu make-up pulak ala-ala jepun/korea. Auwww, geram tengok. Eh eh sounds like lesbian tak?HAHA. Normal la tu suka tengok ciptaan Allah yang cantik kan. *wink-wink*
- Pemalu weh, pemalu. Hak3. Dengan orang yang tak kenal/baru nak kenal memang pemalu sangat. Nak start sembang pun payah. Tapi kalau dah kenal tu, heh,malas la nak cerita :P
- Pernah rajin menulis diari, tapi sekarang tidak lagi. Hehe
- I love blogging. Did I have to mention that? Hehe
- Teringin nak pandai cakap bahasa mandarin dengan france. Rasa macam cool weh. Tapi kat sekolah dulu amik arab as bahasa asing. Takpe-takpe, bahasa syurga tu :D
- Tak berapa suka bende yang manis sangat. Tak boleh nak masuk tekak. Contohnya : susu strawberry dutch lady tu.
- Tak berapa nak makan kuih-kuih tradisional macam kuih lapis ke, keria ke,telinga keling ke. HAHA, Karipap dengan donat makan pulak
- Tak suka makan telur kuning kalau telur tu direbus. Tapi kalau digoreng makan je telur kuning tu.Pelik kan
- Bukan lemah lembut. Bukan jugak jenis kasar tak beringat.Yang sedang-sedang saja. Hehe
- Suka travel. Bukan type yang jenis duk umah je.Tak berapa nak suka.Kalau boleh hari-hari nak keluar. Dapat gi kedai depan rumah pun jadilah buat hilang bosan. Hehe
- Dah lama gila tak pakai pencuci muka. Sebab tu muka macam tak berapa nak okay sikit. HAHA. Sebab rasa bila pakai pencuci muka muka jadi lagi teruk. Tak jumpa yang sesuai lagi kott.Satu lagi sebab tak disiplin
- Kalau dah suka sesuatu macam susah nak tinggal. Contoh: kalau suka baju tu rasa macam bila keluar asyik nak pakai baju tu je. Lebih kurang camtulah. HAHA. Benda-benda lain pun sama. Bukan baju je.
- I`m the eldest in my sibling. Tapi nampaknya bakal jadi yang smallest very soon. Adik-adikku punya tumbesaran macam begitu pesat dan maju. Kenapa weh? Kenapa?*tak puas hati*
- Tak berapa suka nak pakai blouse. Euww, tak girlish nye aku nie kan. Haha, rasa bila pakai blouse tu macam tak kene je. Lack of confidence. Suka beli sebab nampak dress macam lawa nya,kalau aku pakai nie mesti comel*perasan*. Tapi bila dah beli end up tergantung je dalam almari tak terpakai. Pastu kene marah dengan mama sebab membazir je beli tak pakai. HAHA
Assalamualaikum,I am NurFatihahchezin ,nama ayah memang macam orang cina .tapi dakk ,saya dilahirkan di selancar ,dibesarkan di Pahang dalam keluarga kelantan . .I'm 15years old.Boleh dipanggil Meah . juge tembam .Cita cita saya nak jadi Pensyarah .Hobi saya melayari internet dan membaca.Anak kacukan cina ini suka akan benda yang baru , terutamanya ilmu ler .Tak suka ikot trend orang , aku tetap aku.

Thursday, 29 December 2011
25 Random facts about me :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment